Usaha Sama #ZetrixAI di Filipina Memeterai Perjanjian Pembayaran Digital Dengan Pelbagai Entiti Kerajaan

💥Kerjasama dengan #PRC #BTR #LANDBANK #PPA dan #BFAR Memperkukuh Kedudukannya sebagai Peneraju Pasaran

🌸PETALING JAYA, 8 Jun — Zetrix AI Berhad (“Zetrix AI”), sebelum ini dikenali sebagai MY E.G. Services Berhad, mengumumkan bahawa usaha samanya di Filipina, MYEG Philippines, Inc. (“MYEG PH”), telah menandatangani perjanjian dengan beberapa entiti kerajaan bagi menyediakan perkhidmatan pembayaran digital.

Perkembangan ini memperkukuh kedudukan MYEG PH sebagai peneraju dalam memacu pendigitalan perkhidmatan kerajaan di negara tersebut.

Sejak mula beroperasi pada 2017, MYEG PH telah menyediakan kemudahan pembayaran digital kepada rakan kongsi kerajaan yang semakin berkembang dari tahun ke tahun, dan momentum ini berterusan sehingga 2026.

💥Bagi menyediakan kemudahan yang lebih meluas kepada rakyat Filipina, lebih banyak perkhidmatan e-kerajaan utama sedang diintegrasikan ke dalam platform MYEG PH menerusi perjanjian-perjanjian berikut:

i) Memorandum Perjanjian (“MOA”) Kuadripartit bersama Suruhanjaya Kawalselia Profesional (Professional Regulation Commission) (“PRC”), Biro Perbendaharaan (Bureau of the Treasury) (“BTr”) dan Bank Tanah Filipina (Land Bank of the Philippines) (“LANDBANK”)

ii) MOA bersama Lembaga Pelabuhan Filipina (Philippines Ports Authority) (“PPA”)

iii) MOA bersama Biro Perikanan dan Sumber Akuatik (Bureau of Fisheries and Aquatic Resources) (“BFAR”)

🌸Ketua Pegawai Eksekutif MYEG PH Ann Margaret Saldaña berkata kerjasama ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha MYEG PH untuk membantu mempercepatkan transformasi digital perkhidmatan kerajaan di Filipina.

“Melalui Sistem Pembayaran dan Kutipan Elektronik (Electronic Payment and Collection System) (“EPCS”), kami akan menyediakan penyelesaian pembayaran yang lebih senang diakses, selamat dan mudah digunakan kepada rakyat Filipina serta menyokong agensi kerajaan dalam meningkatkan kecekapan perkhidmatan dan pengalaman penggunaan rakyat,” tambah beliau.

Perjanjian Kuadripartit tersebut membolehkan EPCS MYEG PH diintegrasikan ke dalam Sistem Maklumat Peperiksaan dan Pendaftaran Lesen (Licensure Examination and Registration Information System) (“LERIS”) yang disediakan oleh Suruhanjaya Kawalselia Profesional (“PRC”). Integrasi ini memudahkan pembayaran yuran PRC bagi pelbagai perkhidmatannya serta menjadi perintis dalam pelaksanaan Duti Setem Elektronik (Electronic Documentary Stamp Tax) (“eDST”) untuk PRC.

🌸PRC merupakan agensi pelesenan dan kawal selia kerajaan persekutuan bagi amalan profesion terkawal.

Kerjasama ini mempererat hubungan antara keempat-empat institusi bagi memperkasa pendigitalan perkhidmatan kerajaan serta menawarkan kepada rakyat penyelesaian pembayaran yang lebih cepat, mudah dan senang diakses bagi transaksi PRC mereka, sekali gus menjadikan proses pembayaran lebih lancar bagi golongan profesional dan bakal profesional di seluruh negara.

💥Rakyat Filipina kini boleh membayar yuran PRC, termasuk yuran eDST yang diwajibkan bagi perkhidmatan seperti permohonan peperiksaan pelesenan, pendaftaran awal, pembaharuan lesen, pensijilan, dan banyak lagi melalui EPCS MYEG PH. Dengan adanya 100,000 saluran pembayaran di seluruh negara, pilihan pembayaran merangkumi e-Dompet (GCash, ShopeePay, PalawanPay, GrabPay, Maya), pindahan bank dalam talian (BDO, BPI, RCBC, MayBank), kad kredit/debit (Visa, Mastercard, JCB) serta cawangan pembayaran di kaunter (7-Eleven, Cebuana Lhuillier, Bayad, Palawan Pawnshop, SM Store, SM Department Store, SM Hypermarket, SM Savemore, Robinsons Department Store, USSC, dan lain-lain).

Sistem ini turut menyokong pembayaran QRPh melalui aplikasi UnionBank, Metrobank, Chinabank, Security Bank, GoTyme, MariBank, AllBank dan institusi lain.

🌸Pada masa yang sama, pemeteraian MOA bersama Lembaga Pelabuhan Filipina (“PPA”) bakal mengintegrasi EPCS MYEG PH ke dalam Portal e-Pembayaran PPA. Melalui integrasi ini, lebih daripada 100,000 saluran pembayaran EPCS MYEG PH di seluruh negara akan terbuka kepada pihak berkepentingan pelabuhan untuk membuat pembayaran berkaitan pelabuhan secara dalam talian dengan mudah.

Ini termasuk yuran akreditasi PPA, Permit Beroperasi (Permit to Operate) (PTO), Akreditasi Pengangkutan dan Pas Kenderaan (Transport Accreditation and Vehicle Pass), Caj Pengendalian Kargo dan Dermaga (Cargo Handling and Wharfage Fees), Tambang Terminal Penumpang (Passenger Terminal Fees) dan caj perkhidmatan pelabuhan yang lain.

🌸PPA merupakan sebuah perbadanan milik dan kawalan kerajaan di bawah Jabatan Pengangkutan yang bertanggungjawab dalam pengurusan, pembangunan, serta kawal selia sistem pelabuhan negara.

PPA juga menyelia pelabuhan-pelabuhan utama di seluruh negara dan memainkan peranan penting dalam memudah cara perdagangan maritim, menyokong pertumbuhan ekonomi, serta memastikan operasi pelabuhan yang cekap dan selamat di seluruh Filipina.

Perkhidmatan pembayaran ini akan digunakan terutamanya oleh rangkaian pihak berkepentingan yang terlibat dalam perdagangan maritim dan operasi pelabuhan, termasuk syarikat perkapalan dan pengendali terminal, pengimport dan pengeksport, syarikat penghantaran kargo, syarikat trak, serta penyedia perkhidmatan pelabuhan swasta.

Syarikat perkapalan dan pengendali terminal merupakan antara pengguna paling kerap menggunakan sistem ini, manakala pengimport, pengeksport dan syarikat logistik bergantung pada platform ini untuk memudah cara pelepasan kastam serta pelepasan kargo.

Syarikat trak turut menggunakan sistem ini untuk membayar yuran akses pintu masuk dan caj berkaitan, manakala penyedia perkhidmatan yang diperakui memproses pembayaran bagi pajakan serta perkhidmatan pelabuhan khusus melalui sistem tersebut.

💥Sementara itu, pemeteraian MOA dengan Biro Perikanan dan Sumber Akuatik (“BFAR”) turut memperluas peranan MYEG PH dalam menghubungkan dan menyokong lebih banyak agensi utama kerajaan melalui sistem pembayarannya yang menerajui pasaran.

BFAR ialah sebuah agensi kerajaan di bawah Jabatan Pertanian yang bertanggungjawab terhadap pembangunan, penambahbaikan, pengurusan serta pemeliharaan sumber perikanan dan akuatik negara.

Perkongsian baharu yang dimeterai oleh MYEG PH ini terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju utama perkhidmatan digital kerajaan di Filipina.

Kerjasama ini terus memperluas ekosistem bagi menyokong usaha kerajaan untuk menyelaraskan proses dan mempercepatkan penggunaan penyelesaian digital merentas agensi, sekali gus meningkatkan kebolehcapaian, ketelusan dan kecekapan dalam penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat dan perniagaan.

-TAMAT-

💥Mengenai Zetrix AI Berhad

Zetrix AI Berhad (“Zetrix AI”), sebelum ini dikenali sebagai MY E.G. Services Berhad, merupakan peneraju dalam penggunaan teknologi blok rantai dan kecerdasan buatan (AI) untuk sektor awam dan swasta di seluruh ASEAN.

Beribu pejabat di Malaysia, Zetrix AI memulakan operasi pada tahun 2000 sebagai pelopor dalam penyediaan perkhidmatan kerajaan elektronik serta tawaran komersial yang berkaitan.

Kini, Zetrix AI sudah maju ke barisan hadapan transformasi teknologi serantau dengan memanfaatkan platform blok rantai lapisan-1 miliknya, Zetrix, serta menerajui penggabungan teknologi Web3, AI dan robotik untuk membolehkan transaksi rentas sempadan yang efisien, pintar dan selamat, di samping identiti digital yang saling boleh kendali dan penyelesaian automasi yang menghubungkan rakyat, perniagaan dan kerajaan secara lancar.