🌸AMPANG JAYA, SELANGOR, 24 April — Miss Universe Malaysia 2025 Chloe Lim baru-baru ini telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA Selangor), menandakan beliau dilantik secara rasminya sebagai Duta SPCA Selangor. Chloe akan memanfaatkan platformnya untuk menyokong kebajikan haiwan melalui kempen pemeliharaan haiwan, program pendidikan dan inisiatif komuniti.

Majlis menandatangani MOU telah diadakan di premis SPCA Selangor di Ampang Jaya, dengan MOU tersebut ditandatangani oleh Chloe Lim dan Christine Chin, Pengerusi SPCA Selangor.

💥”Kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan Chloe sebagai duta kami. Semangat beliau dalam mempertahankan hak haiwan dan keupayaannya memberi inspirasi kepada orang ramai diyakini dapat membantu kami mencapai khalayak baharu dan memperkukuhkan lagi usaha perjuangan kami,” kata Christine Chin.

Komitmen Chloe terhadap perjuangan ini dipengaruhi oleh pengalamannya memelihara enam ekor anjing jalanan yang diselamatkan dan minat terhadap aktiviti menunggang kuda sejak kecil.

Semasa beliau melanjutkan pengajiannya ke peringkat Sarjana dalam bidang Undang-Undang di London, kertas penyelidikannya turut memberi fokus kepada hak asasi haiwan. Pengalaman dalam isu kebajikan haiwan telah menyemarakkan lagi semangat beliau untuk memperjuangkan layanan yang lebih baik terhadap haiwan dan beliau bertekad untuk membawa perubahan positif kepada isu ini.

💥”Sebagai duta SPCA Selangor, saya ingin meningkatkan kesedaran terhadap kebajikan haiwan, menggalakkan pemeliharaan haiwan yang bertanggungjawab serta memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjadi sukarelawan di pusat kebajikan haiwan. Cara kita melayan haiwan mencerminkan nilai sebuah masyarakat, dan saya komited untuk mengutamakan kesejahteraan haiwan melalui usaha ini,” kata Chloe Lim.

Menurut Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), sebanyak 19,303 aduan kebajikan haiwan dilaporkan pada 2021 hingga 2025, dengan 16,340 daripadanya di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015 [Akta 772].

Jumlah kes ini menunjukkan skala isu kebajikan haiwan di negara ini serta cabaran yang dihadapi oleh tempat perlindungan dan agensi penguatkuasaan dalam menangani penganiayaan dan pengabaian haiwan.

Dengan kesedaran dan tindakan yang berterusan, usaha seperti yang digerakkan oleh Chloe dapat membantu menangani cabaran ini, di samping memupuk masyarakat yang lebih prihatin terhadap haiwan yang teraniaya.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang perjuangan Chloe dalam advokasi kebajikan haiwan dan perjalanannya sebagai Miss Universe Malaysia 2025, sila ikuti akaun Instagram rasmi @chloelimsl.

📌Mengenai Miss Universe Malaysia Organization (MUMO)
Miss Universe Malaysia adalah pertandingan ratu cantik terkemuka negara yang diadakan setiap tahun sejak 1962 dan telah diperbaharui pada tahun 2010.

Ia diwujudkan untuk menyediakan platform kepada wanita Malaysia yang bercita-cita tinggi untuk mewakili negara mereka di peringkat antarabangsa, iaitu pertandingan Miss Universe.

MUMO komited untuk mempromosikan nilai diplomasi budaya dan memperjuangkan isu penting sambil membina semangat kebangsaan dan pengiktirafan global.

Laman Web: https://mumo.com.my/
Instagram: https://www.instagram.com/missuniversemalaysia
Facebook: https://www.facebook.com/MissUniverseMalaysia
YouTube: https://www.youtube.com/@MissUniverseMsiaOrg

📌Mengenai Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan (SPCA Selangor)
SPCA Selangor ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang komited dalam memupuk kasih sayang terhadap haiwan serta mencegah kekejaman melalui pendidikan, advokasi dan program komuniti.

Sejak ditubuhkan pada tahun 1958, SPCA Selangor terus memperjuangkan kebajikan haiwan di seluruh Malaysia

Tamat