Syarikat Peringkat Pertengahan di Malaysia Dapat Akses kepada Lebih Banyak Pilihan Pembiayaan
🔥Platform Pembiayaan P2P Baharu, ADS, Merapatkan Jurang antara Pembiayaan PKS dan Pasaran Modal Awam
🌸PETALING JAYA, 28 Julai 2026 — Syarikat peringkat pertengahan (MTC) di Malaysia kini mempunyai akses kepada satu lagi pilihan pembiayaan yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ketika syarikat yang sedang berkembang memerlukan jumlah modal yang lebih besar bagi melaksanakan projek utama, mengembangkan operasi dan memenuhi keperluan modal kerja.
Abundance Treasures BGroup Sdn Bhd telah mengadakan pelancaran awal Abundance Dynamic Securities (ADS) yang merupakan platform pembiayaan antara rakan setara (P2P) No. 1 di Malaysia yang mengkhusus dalam pembiayaan terjamin bersandarkan aset pada 27 Julai 2026.
ADS menghubungkan syarikat peringkat pertengahan yang layak dengan para pelabur menerusi platform yang selamat, telus dan dipacu teknologi.
Abundance Treasures BGroup telah berdaftar dengan SC sebagai Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) bagi pembiayaan P2P.
💥Membina Kerjasama dalam Ekosistem P2P
Semasa pelancaran awal, enam Memorandum Persefahaman (MOU) yang berasingan telah dimeterai antara Abundance Treasures BGroup Sdn Bhd dengan organisasi berikut: Koperasi Tenaga Nasional Berhad (Koperasi TNB), Scrut Auto Sdn Bhd, Finzwerk Management, Stocktalk Holding Sdn Bhd, Pam Biz Financial Sdn Bhd dan Hakem Arabi & Associates.
MOU tersebut mewujudkan rangka kerja bagi kerjasama strategik untuk memajukan pembiayaan P2P, memperluas penyertaan pasaran serta menyokong pertumbuhan ekosistem pembiayaan alternatif di Malaysia.
“MTC merupakan penyumbang penting kepada ekonomi Malaysia, namun keperluan pembiayaan mereka tidak dapat dipenuhi sepenuhnya melalui saluran sedia ada. ADS menyediakan satu lagi pilihan pembiayaan terkawal kepada syarikat yang layak dalam segmen ini dan selaras dengan skala operasi serta keperluan perniagaan mereka,” kata Dr. Lai Heow Gran, Pengurus Besar Abundance Treasures BGroup.
💥Menangani Jurang Pembiayaan bagi Syarikat yang Sedang Berkembang
Apabila MTC memperoleh kontrak lebih besar dan mengembangkan perniagaan, mereka lazimnya perlu menyediakan modal lebih awal sebelum menerima bayaran daripada pelanggan.
Keadaan ini boleh memberi tekanan kepada aliran tunai, khususnya apabila tempoh pelaksanaan projek adalah panjang dan sejumlah besar dana terikat pada pembelian peralatan serta kos operasi.
Pada masa yang sama, syarikat-syarikat ini juga mungkin menghadapi kesukaran mendapatkan pembiayaan, akses terhad kepada pasaran modal tradisional serta tahap kesedaran yang rendah terhadap pilihan pembiayaan alternatif.
Laporan Tahunan 2025 Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) melaporkan bahawa platform P2P telah berjaya mengumpulkan dana berjumlah RM2.83 bilion pada 2025 dengan 98% daripada jumlah tersebut disalurkan bagi tujuan modal kerja.
Ini menunjukkan kesesuaian pembiayaan P2P dalam memenuhi keperluan pembiayaan untuk syarikat yang sedang berkembang.
Menurut SC, terdapat hampir 8,500 MTC di Malaysia. Bagi syarikat yang layak dalam segmen ini, pembiayaan P2P menyediakan satu lagi saluran terkawal untuk mengumpulkan dana daripada pelabur bagi membiayai modal kerja, projek dan pengembangan perniagaan.
💥Memperluas Akses kepada Pembiayaan Alternatif
Abundance Treasures BGroup didaftarkan oleh SC sebagai Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) bagi pembiayaan P2P.
Syarikat ini menawarkan pembiayaan terjamin bersandarkan aset melalui ADS untuk memberikan perlindungan kredit tambahan kepada pelabur, di samping memperluas akses kepada modal untuk MTC yang layak.
Syarikat yang layak boleh mengakses para pelabur yang lebih luas melalui ADS, termasuk pelabur institusi, korporat, sofistikated dan runcit dari seluruh Malaysia.
Ini membolehkan syarikat mempelbagaikan sumber pembiayaan mereka serta mengurangkan kebergantungan kepada kemudahan perbankan konvensional.
Syarikat boleh mengemukakan permohonan dengan menyerahkan maklumat mengenai keperluan pembiayaan dan dokumen sokongan melalui platform ADS bagi tujuan penilaian.
Peluang pembiayaan yang diluluskan kemudiannya akan disenaraikan untuk diteliti dan disertai oleh pelabur, manakala pengagihan dana serta pembayaran balik akan diuruskan secara digital melalui platform tersebut.
Maklumat lanjut mengenai platform ini boleh didapati di https://ads-securities.com.my/.
-TAMAT-
🔥Mengenai Abundance Treasures BGroup Sdn Bhd
Abundance Dynamic Securities (ADS) ialah Pengendali Pembiayaan Rakan Antara Setara (P2P) dan Pengendali Pasaran Diiktiraf (RMO) di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Dibangunkan khusus untuk menghubungkan syarikat peringkat pertengahan (MTC) dengan para pelabur, ADS menawarkan pembiayaan terjamin bersandarkan aset menerusi sebuah platform yang selamat, telus dan dipacu teknologi.