Pemimpin Industri Sorot Pertumbuhan Pintar, Mampan dan Berasaskan Teknologi dalam Sektor Pembinaan semasa Pelancaran MIBIE 2026

🌸Shah Alam, 21 Mei 2026 — Ekspo Malaysia International Building and Innovation (MIBIE 2026) telah dilancarkan secara rasmi untuk membawa teknologi pembinaan terkini, infrastruktur pintar dan penyelesaian bangunan mampan kepada pemain industri bagi memperkukuh ekosistem pembangunan negara.

Majlis pelancaran tersebut berlangsung di Setia City Convention Centre (SCCC), Shah Alam.

Sempena pelancaran, satu perbincangan panel bertajuk ‘Membina Masa Depan: Memacu Inovasi dan Kecemerlangan’ telah diadakan, di mana pakar-pakar industri terkemuka bersama-sama membincangkan masa depan sektor pembinaan.

💥Panelis Tekankan Kepentingan Pertumbuhan Pintar, Mampan dan Berskala dalam Pembinaan

Semasa sesi perbincangan, Derrick Tanggapan, Pengarah MIDA Melaka, menekankan masa depan sektor pembinaan dengan menegaskan kepentingan tiga S iaitu pintar (Smart), mampan (Sustainable) dan berskala (Scalable).

“Jika kita melihat ketiga-tiga S ini, kita seharusnya melihat kelestarian dan daya saing sebagai satu objektif yang menyokong pertumbuhan jangka panjang,” kata beliau.
Datuk Dr. Noel Robert, Pengerusi Material Handling and Logistics Technology Association of Malaysia (MHLTA), menyokong pandangan ini dan menekankan kepentingan amalan berpandangan di masa depan:

“Bangunan pintar adalah masa depan sektor pembinaan dan perlu diamalkan oleh pemaju kecil atau besar. Anda boleh menyesuaikan skala mengikut bajet, yang penting adalah bermula sekarang,” kata beliau.

Manakala, Kol. Bersekutu Frank Tan, Naib Presiden Crane Lifting Planners and Supervisors Association of Malaysia (CLPSAM), berkongsi pandangannya tentang faedah ekspo untuk meningkatkan operasi perniagaan;‘Mengunjungi ekspo membolehkan perniagaan mempelajari teknologi terkini, meningkatkan operasi mereka dan kekal relevan di pasaran.

Melabur dalam penyelesaian yang boleh diperluas dari masa ke masa membantu syarikat meningkatkan kecekapan, mengadaptasi dengan keperluan masa depan dan mengelakkan pembelian secara berulang.”

Ekspo ini dihadiri oleh persatuan industri termasuk Material Handling and Logistics Technology Association of Malaysia (MHLTA), Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA), Persatuan Ampunya Jentera Pembinaan Berat Malaysia (PAJPBM), Malaysian Interior Industry Partners Association (MIIP), dan Crane Lifting Planners and Supervisors Association of Malaysia (CLPSAM).

💥Platform untuk Inovasi dan Kepimpinan Industri
MIBIE 2026 dianjurkan oleh INEX Event and Management dan akan berlangsung dari 18 hingga 20 November 2026 di MAEPS Serdang, Selangor.
Ekspo ini akan menghimpunkan para profesional daripada sektor pembinaan, reka bentuk dan seni bina.

“MIBIE diwujudkan dengan satu misi iaitu membina platform yang lebih kukuh untuk menghubungkan industri, inovasi, teknologi dan kerjasama antarabangsa di bawah satu ekosistem. Expo ini akan menampilkan zon-zon utama termasuk paparan teknologi dan bengkel, memberikan peserta peluang untuk mengenali inovasi terkini serta meneroka penyelesaian praktikal untuk perniagaan mereka,” kata Andy Liow, Pengasas MIBIE.

💥MIBIE 2026 akan menampilkan empat fokus utama untuk memacu pembangunan dalam industri bangunan dan pembinaan:

* Hab Bangunan Hijau (The Green Build Hub): Memberi tumpuan kepada bahan mampan, tenaga boleh diperbaharui, pengurusan air dan pensijilan bangunan hijau seperti GBI dan LEED.

* Arena Teknologi & Digitalisasi (The Tech & Digitalisation Arena): Menampilkan perisian BIM, pembinaan robotik, IoT untuk bangunan pintar, VR/AR bagi visualisasi reka bentuk dan platform pengurusan projek.

* Presint Seni Bina & Reka Bentuk (The Architectural & Design Precinct): Mempamerkan kemasan yang inovatif, penyelesaian reka bentuk dalaman dan karya seni bina.

* Zon Perindustrian & Infrastruktur (The Industrial & Infrastructure Zone): Mengetengahkan jentera berat, penyelesaian struktur dan projek infrastruktur berskala besar.

💥Dalam expo MIBIE 2026 yang akan datang ini, pengunjung juga boleh menyertai seminar dan demonstrasi produk secara langsung yang memberi peluang kepada mereka untuk berinteraksi dengan pakar industri serta mendapatkan maklumat mengenai trend terkini dalam sektor pembinaan.

Dengan tumpuan yang besar terhadap kerjasama, MIBIE 2026 akan menyediakan peluang yang luas kepada para profesional untuk menjalinkan hubungan dan meneroka potensi kerjasama merentas sektor dalam industri pembinaan dan bangunan.

Pengunjung dijemput untuk meneroka teknologi bangunan terkini di MIBIE 2026 dan boleh melayari laman web rasmi di https://www.mibie.my/ untuk maklumat lanjut.
Pihak yang berminat untuk menyertai expo dan mempamerkan inovasi mereka di MIBIE 2026 boleh menempah ruang pameran dengan menghubungi mikitang@mibie.my.

– TAMAT –