MYWARE dan #MYLOG Perkukuh Daya Saing Industri Malaysia di Peringkat Serantau
Menampilkan teknologi pengurusan sisa dan logistik bagi menyokong amalan ekonomi kitaran serta kecekapan rantaian bekalan
🌸SHAH ALAM, 20 Mei 2026— Perasmian Malaysia Waste Management and Recycling Expo 2026 (MYWARE) dan Malaysia Logistic and Warehouse Expo 2026 (MYLOG) menandakan langkah penting dalam memperkukuh transformasi industri, daya tahan rantaian bekalan dan pertumbuhan ekonomi mampan negara.
Kedua-dua pameran yang berlangsung secara serentak ini menampilkan perkembangan terkini dalam pengurusan sisa, kitar semula dan teknologi logistik.
Ia turut mencerminkan komitmen Malaysia terhadap agenda Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG), di samping menyokong pertumbuhan dalam sektor yang penting.
💥Majlis perasmian expo yang berlangsung hari ini di Setia City Convention Centre (SCCC) telah dirasmikan oleh YB Tuan Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Wira Dr. M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
YB Tuan Sim Tze Tzin menekankan kepentingan amalan ekonomi kitaran dan kecekapan logistik dalam memacu pertumbuhan industri yang lebih mampan dalam ucapannya.
“Logistik moden perlu mengamalkan konsep Green logistics, termasuk menjimatkan tenaga di gudang, menggunakan pembungkusan yang mampan, serta mengaplikasikan konsep Reverse Logistics. Rantaian bekalan boleh meminimumkan pembaziran dan menyokong ekonomi kitaran pada masa depan. Sinergi ini selaras dengan Kerangka Ekonomi MADANI yang menyokong pertumbuhan industri sambil mengekalkan tanggungjawab terhadap alam sekitar,” kata YB Tuan Sim Tze Tzin.
Beliau menambah, “Kedua-dua pameran ini amat bermakna disebabkan hubungannya antara satu sama lain.
Platform ini penting bagi penerimaan teknologi dan kerjasama serantau. Saya percaya bahawa pameran ini akan menarik pelaburan baharu yang memperkukuh daya saing global Malaysia.”
💥Memacu Pertumbuhan Industri Malaysia Melalui Inovasi dan Pengurusan Sisa
YB Tuan Sim Tze Tzin menyatakan bahawa sebanyak 40% sampah Malaysia, iaitu kira-kira 15,000 tan, terdiri daripada plastik, kertas, dan logam yang bernilai tinggi.
Dalam konteks gangguan rantaian bekalan global, bahan-bahan ini merupakan aset yang tidak dimanfaatkan.
Apabila botol plastik dibuang ke tapak pelupusan sampah, bahan mentah bernilai kini sukar diimport oleh kilang elektronik.
Dari segi kewangan, Malaysia kehilangan sebanyak RM500 juta setiap tahun melalui bahan-bahan terbuang ini.
Bagi menangani isu ini dan menyokong transformasi industri negara, beliau menekankan bahawa Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan MITI mengambil langkah proaktif dengan mendorong kemajuan perniagaan melalui Kerangka Insentif Baharu (NIF).
Polisi “one-size-fits-all” telah digantikan dengan Aspirasi Pelaburan Nasional (NIA), menjadikan prestasi ESG sebagai penanda untuk pertumbuhan perniagaan.
💥Sorotan Pameran MYLOG dan MYWARE
MYLOG merupakan acara khusus yang menghimpunkan pemain tempatan dan antarabangsa dalam bidang logistik dan pergudangan.
Expo ini mempamerkan strategi automasi inovatif yang dapat meningkatkan ketepatan penghantaran dan kecekapan kos, di samping menyediakan ruang untuk perkongsian, perbincangan dan jaringan perniagaan.
Antara pempamer yang terlibat termasuk syarikat penghantaran barang, penyedia perkhidmatan logistik pihak ketiga (3PL), IoT, pengurusan rantaian bekalan serta peneraju rantaian bekalan e-dagang, yang menawarkan penyelesaian baharu untuk membantu perniagaan kekal berdaya saing dalam sektor ini.
MYWARE pula bertujuan menggalakkan penukaran sisa kepada sumber bernilai demi masa depan yang lebih lestari.
Ini selaras dengan Rancangan Malaysia Kedua Belas dan tumpuan terhadap matlamat ESG.
Expo ini menghubungkan pengeluar, pengedar dan profesional industri di seluruh Asia Tenggara, sekali gus menggalakkan kerjasama dalam sektor pengurusan sisa dan kitar semula.
Antara pempamer yang mengambil bahagian termasuk syarikat pemulihan sisa, pengeluar peralatan kitar semula, syarikat tenaga boleh diperbaharui, pengurusan sisa pertanian serta syarikat e-sisa.
Program lain yang turut diadakan termasuk sesi padanan perniagaan, seminar, perkongsian berkaitan ESG dan perbincangan panel untuk memberikan peserta sumber pengetahuan yang lebih menyeluruh.
“Industri logistik dan pergudangan memainkan peranan penting bagi sektor perdagangan, pembuatan, e-dagang, dan kecekapan rantaian bekalan.
Sinergi antara kedua-dua sektor ini ialah jelas kerana sistem logistik yang cekap amat penting untuk menyokong pengurusan sisa secara lestari, operasi kitar semula, pemulihan bahan, dan rantaian bekalan hijau.
Manakala, amalan pengurusan sisa yang mampan semakin kritikal bagi pengendali logistik dan pengilang yang berhasrat untuk mencapai sasaran ESG dan kecemerlangan operasi,” kata Jansen Wong, Ketua Pegawai Eksekutif Penganjur MYWARE dan MYLOG.
💥MYLOG dan MYWARE menyaksikan kehadiran pengunjung yang ramai pada hari pertama.
Pameran ini dibuka kepada orang ramai dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang dan bermula pada 20 Mei hingga 22 Mei. Kemasukan adalah percuma dan pihak yang berminat dialu-alukan untuk hadir.
Pameran ini juga memberikan peluang kepada profesional, peneraju industri, dan orang ramai untuk meneroka inovasi terkini dalam bidang logistik, pergudangan, dan pengurusan sisa.
Acara ini dianjurkan oleh Futura Exposition Management dan 8tivation Studio, dengan sokongan kementerian dan persatuan termasuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Persatuan Kenderaan Beremisi Sifar (MyZEVA), Persatuan Pengusaha Logam dan Barang-Barang Kitar Semula India Malaysia (MIMTA), ESG Malaysia dan Persatuan Pengitar Semula Plastik Malaysia (MPRA).
– TAMAT –